Aliran trafik keluar dari Lembah Klang dilaporkan lancar bagi laluan menghala ke utara dan timur tanah air setakat pagi tadi.<br /><br />Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan laluan utama di semua lebuhraya termasuk di sekitar plaza tol masih dalam keadaan lancar dan terkawal.